:
PENGENALAN


Pondok Moden Zakat Kedah merupakan cetusan idea daripada Syeikh Zakaria bin Othman (Ketua Pegawai Eksekutif LZNK), rentetan daripada siri jelajah beliau di beberapa buah pondok dan Institusi Pendidikan di Malaysia.
Tujuan penubuhannya adalah untuk melahirkan Ulama’ yang kompeten dalam bidang ilmu agama dam ilmu duniawi yang bersedia untuk menjadi barisan kepimpinan dimasa akan datang.


Sistem pendidikan yang digunakan di PMZK adalah mengintegrasikan sistem pendidikan di Pondok Moden Darussalam,Indonesia dan Pondok Moden Al-Abaqirah (MAIWP). Dua tempat ini menjadi rujukan utama dalam menghasilkan modul pendidikan PMZK kearah melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri Ulama’ yang faqeh dan bersedia untuk memberi khidmat kepada Ummah.


Cetusan idea ini disambut baik oleh Sahibus Samahah Dato’ Mufti Kedah, Syeikh Fadhil Awang dan beliau turut sama-sama dalam usaha menjayakan hasrat penubuhan PMZK.
PMZK bakal beroperasi awal Mac 2018 di Kompleks Al-Hidayah (KEDA), Kg Che Bema, Sungai Petani dengan jumlah pelajar 40 Orang untuk kemasukan pertama. Kemasukan pelajar dibiayai sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.