MAULIDUR RASUL 1441H

[09 OKTOBER 2019]

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1441H

"NEGARA RAHMAH, UMMAH SEJAHTERA"

LAGI

AWAL MUHARRAM 1441 H

[01 SEPTEMBER 2019]

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1441H

"NEGARA RAHMAH, UMMAH SEJAHTERA"

LAGI

HARI KEMERDEKAAN YANG KE-62

[31 OGOS 2019]

SELAMAT MENYAMBUT HARI KMERDEKAAN YANG KE-62

LAGI

HARI NUZUL AL-QURAN

SALAM NUZUL AL-QURAN 17 RAMADHAN 1440H DARI WARGA PONDOK MODEN ZAKAT KEDAH. 

SEMOGA KITA DAPAT MEMPERTINGKATKAN AMAL IBADAH DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.

LAGI

SELAMAT HARI GURU

16 MEI 2019 / 11 RAMADHAN 1440H

SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SELURUH WARGA PENDIDIK.

GURU MERUPAKAN SATU PROFESION YANG MULIA KERANA MENDIDIK GENERASI YANG AKAN DATANG. PERANAN GURU KINI MENJADI LEBIH MENCABAR DAN KOMPLEKS DALAM DUNIA GLOBALISASI TANPA SEMPADAN DENGAN TEKNOLOGI YANG SENTIASA BERUBAH. OLEH ITU, JASA DAN PENGORBANAN GURU YANG TIDAK TERNILAI MELETAKKAN MEREKA DI KEDUDUKAN YANG TINGGI DALAM MASYARAKAT, DIHORMATI SERTA DISEGANI.

"GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI" MENJADI TEMA HARI GURU PADA TAHUN INI. SELAMAT HARI GURU!

LAGI

SALAM RAMADHAN 1440H/2019

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN 1440H.

SEMOGA RAMADHAN KALI INI MENJADI WAHANA PENYUCIAN JIWA DAN ROHANI SERTA DAPAT MENINGKATKAN AMALAN DI BULAN YANG PENUH BARAKAH INI.

 

LAGI

HARI SUKAN KALI PERTAMA PMZK 2019

[07 MAC 2019] ALHAMDULILLAH PADA 7 MAC 2019, TELAH BERLANGSUNGNYA HARI SUKAN PMZK KALI YANG PERTAMA YANG DIBERI NAMA " EL-RIADHEY EL-SANAWEIY 2019 ". SELURUH WARGA PMZK TELAH TERLIBAT DENGAN JAYANYA DALAM HARI SUKAN TERSEBUT. TERDAPAT 3 RUMAH SUKAN IAITU TOK GAJAH (MERAH), TOK JANGGUT (BIRU) DAN MAT KILAU (HIJAU). BERBAGAI AKTIVITI DAN SUKAN PELAJAR DIJALANKAN ANTARANYA, MEMANAH, PING-PONG, CATUR, CAROM, BADMINTON, FUTSAL, MERENTAS DESA, DAN BOLA SEPAK, MANAKALA SUKANEKA PELAJAR IALAH BOLA DALAM SUDU, LONTAR KASIH, MAKAN BUAH, PANCING BOTOL DAN TARIK TALI. TURUT DIADAKAN PERBARISAN ANTARA KETIGA-TIGA RUMAH SUKAN. RUMAH SUKAN YANG MENDAPAT JOHAN KESELURUHAN PADA HARI SUKAN TAHUN 2019 JATUH KEPADA TOK JANGGUT (BIRU), MANAKALA, NAIB JOHAN JATUH PADA MAT KILAU (HIJAU) DAN TEMPAT KETIGA JATUH PADA TOK GAJAH (MERAH). SALAH SATU OBJEKTIF HARI SUKAN YANG DIADAKAN INI ADALAH BAGI MERAPATKAN UKHUWAH SESAMA PELAJAR DAN GURU-GURU. DENGAN ADANYA HARI SUKAN INI JUGA, DAPAT PELAJAR-PELAJAR MENYERLAH BAKAT MASING-MASING SERTA DAPAT MENGENAL KEBOLEHAN DIRI MASING-MASING. INSYAALLAH, DENGAN AKTIVITI SUKAN INI, MINDA MEREKA AKAN LEBIH TERBUKA DAN LEBIH FOKUS DALAM PEMBELAJARAN MEREKA KERANA MINDA YANG CERDAS TERLETAK PADA TUBUH BADAN YANG SIHAT. "بناء العلماء الربانيين لقيادة الأمة"
LAGI

NAIB JOHAN FESTIVAL NASYID TERBUKA PERINGKAT NEGERI KEDAH

[27 FEBRUARI 2019]. TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA 10 ORANG PELAJAR PMZK YANG TELAH MENDAPAT TEMPAT NAIB JOHAN DALAM FESTIVAL NASYID TERBUKA PERINGKAT NEGERI KEDAH SEMPENA HARI IHTIFAL SMA IRSYADIAH KALI KE-45 2019. SEKALUNG PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA GURU-GURU SERTA JURULATIH YANG BERTUNGKUS-LUMUS DALAM MEMBANTU SERTA MEMBERI SEMANGAT KEPADA MEREKA. SEMOGA PMZK TERUS MAJU DI MASA AKAN DATANG. INSYA ALLAH.

 

LAGI

JOHAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT NEGERI KEDAH

ALHAMDULILLAH, TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA SALAH SEORANG PELAJAR PONDOK MODEN ZAKAT KEDAH IAITU ABDULLAH SYARQAWI BIN MOHD ZAKIR YANG TELAH BERJAYA MENDAPAT TEMPAT JOHAN DALAM MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT AKHIR NEGERI KEDAH TAHUN 2019/1440H KATEGORI 01-20 JUZU'.

LAGI

Page 1 of 2