TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA ANAK-ANAK PELAJAR YANG TERPILIH BAGI MENERUSKAN PERJUANGAN MEREKA DALAM MENUNTUT ILMU DI PONDOK MODEN ZAKAT KEDAH. SELAMAT DATANG JUGA DIUCAPKAN KEPADA PARA PELAJAR. ALHAMDULILLAH SERAMAI 32 ORANG PELAJAR TELAH MENDAFTARKAN DIRI DI PMZK. TURUT DIADAKAN TAKLIMAT DAN UCAPAN YANG PENUH PENGHARAPAN DARI MUDIR PMZK, USTAZ ABDULLAH BIN HARON YANG MANA BELIAU AMAT MENGHARAPKAN AGAR PARA PELAJAR DAPAT MENCAPAI MATLAMAT UTAMA PMZK IAITU BAGI MELAHIRKAN ULAMA' YANG KOMPETEN DALAM BIDANG ILMU AGAMA DAN ILMU DUNIAWI AGAR DAPAT MENJADI BARISAN KEPIMPINAN YANG CEMERLANG DI MASA AKAN DATANG.
SETERUSNYA, JEMPUTAN PMZK PADA HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU IAITU TUAN SYEIKH ZAKARIA BIN OTHMAN SELAKU KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH. BELIAU TURUT MEMBERI KATA-KATA ALUAN DAN SEMANGAT YANG TINGGI KEPADA ANAK-ANAK PELAJAR UNTUK BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM MENUNTUT ILMU AGAR MENJADI TOKOH YANG BERWIBAWA SEKALIGUS DAPAT MEMIMPIN GENERASI AKAN DATANG BERLANDASKAN AL-QURAN DAN SUNNAH.
HARAPAN PMZK KEPADA PARA PELAJAR AGAR MEREKA DAPAT BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH BAGI MENGECAPI IMPIAN DAN HARAPAN IBU BAPA MEREKA DAN JUGA PARA PENDIDIK DI PMZK. INSYAALLAH.
" بناء العلماء الربانيين لقيادة الأمة"